Latar belakang Pembunuhan_Benazir_Bhutto

Bhutto membuang negeri di luar negara semasa kes-kes beliau tertunda di mahkamah-mahkamah Pakistan dan negara lain.[10] Selepas 8 tahun di Dubai dan London, Bhutto pulang ke Karachi pada 18 Oktober 2007 untuk bersedia diri untuk Pilihanraya 2008, dengan kemungkinan untuk berkongsi kuasa dengan Presiden Pervez Musharraf.[7][11]

Beliau terlepas daripada satu percubaan untuk membunuhnya semasa kepulangan beliau, mengakibatkan 139 orang terbunuh dan beberapa ratus orang cedera.[12] Dalam perjalanannya ke sebuah perhimpunan di Karachi pada 18 Oktober 2007, dua peletupan berlaku sebaik saja Bhutto tiba dan meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah semasa kepulangannya.[13] Bhutto tidak tercedera, tetapi serangan pengeboman bunuh diri ini, menyebabkan 139 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 450 orang cedera.[13][14] Kematian ini termasuk sekurang-kurangnya 50 daripada pengawal keselamatan dari Parti Rakyat Pakistan (PPP), yang membentukkan satu rantai manusia di sekeliling lorinya untuk mencegah pengebom, dan juga 6 orang pegawai polis.[15] Sebilangan pegawai senior tercedera. Bhutto langsung tidak terkena serangan.[15]

Selepas pengeboman, Bhutto dan suaminya telah meminta Musharraf agar mereka lebih diberi perlindungan, termasuklah tingkap gelap, pemusnah bom-bom, pengawal peribadi swasta, dan empat kenderaan polis. Seruan ini telah disambut oleh tiga senator AS yang telah menulis surat kepada Musharraf. Penyokong Bhutto dan kerajaan Pakistan berbalah samada beliau diberikan perlindungan yang cukup.[16] Akhbar Israel Maariv melaporkan bahawa Bhutto meminta CIA, Scotland Yard, dan Mossad beberapa minggu sebelum pembunuhan untuk mendapatkan perlindungan untuk beliau; Israel masih lagi belum membuat keputusan samada memberikan pertolongan atau tidak kerana ia tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan Pakistan dan India.[17]

Rujukan

WikiPedia: Pembunuhan_Benazir_Bhutto http://www.cbc.ca/world/story/2007/10/17/bhutto.ht... http://www.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/12/27/bhutto... http://www.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/12/27/bhutto... http://www.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/12/27/pakist... http://canadianpress.google.com/article/ALeqM5iMb1... http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/1... http://www.nytimes.com/2007/10/19/world/asia/19pak... http://www.nytimes.com/2007/10/20/world/asia/20Pak... http://www.pressconnects.com/apps/pbcs.dll/article... http://www.reuters.com/article/latestCrisis/idUSSP...